Saturday 29 May 2010

Millatfacebook cabar Facebook

2010/05/29
Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi .


ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web
, awal minggu ini.
Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim.

Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.
Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan.

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP


so , sapa-sapa yg ader akaun facebook pandai-pandailar fikir sendiri ..

Friday 28 May 2010

KERJASAMA!!!

~SAHABAT DAKWAH~

SAHABAT DAKWAH IALAH SEBUAH ORGANSASI ALUMNI MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS.TELAH DITUBUH KAN PADA PERTENGAHAN TAHUN 2009.IDEA PENUBUHAN SAHABAT DAKWAH INI TELAH DICETUSKAN OLEH MANTAN PIMPINAN BINNADWAH 2008\2009 DENGAN DISOKONG OLEH GURU PENASIHAT BINNADWAH PADA MASA ITU.PERSATUAN INI DIANGGOTAI OLEH BEKAS-BEKAS PELAJAR MAAHAD MUHAMMADI PASIR MAS YANG JUGA MANTAN KEPADA AJK BINNADWAH


DASAR SAHABAT DAKWAH

SAHABAT DAKWAH BERUSAHA MENJADIKAN  AL-QURAN DAN AS-SUNNAH SEBAGAI ASAS DAN MATLAMAT DALAM PERGERAKAN DAN TINDAKAN SERTA MEYAKINI BAHAWA CARA HIDUP ISLAM SAHAJALAH YANG DAPAT  MEMBERIKAN KESEJAHTERAAN,KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN KEPADA PENDOKONGNYA DI DUNIA DAN DIAKHIRAT.SAHABAT DAKWAH JUGA MEYAKINI MANHAJ ISLAM PERLU DIGERAKKAN WALAU DI MANA KITA BERADA  DAN DALAM SETIAP ASPEK  TINDAKAN SAMAADA ILMU,EKONOMI,SOSIAL,POLITIK,MASYARAKAT DAN SEBAGAINYA.SEMOGA MENCAPAI KEHIDUPAN YANG DIREDHAI OLEH ALLAH S.W.T.

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • 1.MEWUJUDKAN IKATAN UKHUWWAH ISLAMIAH DALAM KALANGAN AHLI SAHABAT DAKWAH
  • 2.MEMBANTU PIMPINAN BINNADWAH DENGAN SEDAYA UPAYA
  • 3.MELEBARKAN SAYAP DAKWAH DENGAN LEBIH BERANI DAN MELUAS
  • 4.MEMASTIKAN PERJALANAN BINNADWAH BERGERAK DENGAN    LEBIH TERATUR DENAGAN MANHAJ QURANI

VISI SAHABAT DAKWAH

MELAHIRKAN AKTIVIS DAKWAH YANG INTELEKTUAL DAN PROFESSIONAL BERPANDUKAN MANHAJ ISLAM SEBAGAI PENGGERAK DALAM MENYEBARKAN DAKWAH ISLAM WALAU DI MANA KITA BERADA

MISI SAHABAT DAKWAH

         1.MENJALINKAN KEMBALI IKATAN ISLAMIAH ALUMNI BADAN DAKWAH DAN GURU
         2.MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN DAN MEMBERI LATIHAN DALAM     BERJAMAAH
         3.MENJADI MEDIUM UNTUK MEMBANTU GERAK KERJA BADAN DAKWAH
  •        4.MENJAGA KEBAJIKAN DAN MENGERATKAN HUBUNGAN ANTARA AHLI  SAHABAT DAKWAH

PENGUMUMAN!!!


Selamat menduduki peperiksaan!!!

Admin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan pertengahan tahun kepada semua ajk Binnadwah dan pelajar pelajar Maahad Muhammadi Pasir Mas…Admin harap para ajk Binnadwah terutamanya,menunjukkan sikap yg baik ketika berada di dalam dewan peperiksaan atau ketika menjawab soalan…Cuba kite lihat brape org adk2 kite d MMPM yg masih ada sikap meniru ….Tapi persoalannya kite[pemimpin] suka meniru juga??..Jika kita jawab “ya”,maka  sampai bila kita akan dapat mewujudkan ‘BIAH SOLEHAH’ di MMPM…just sekadar renungan bersama!!....Admin harap antum/nna semua blh menjawab dengan baik dan memperoleh keputusan yg bagus….
                                                                                    
“Active your dakwah protect your ukhwah”

Friday 21 May 2010

Kempen Sayang Nabi Kita, Tutup Facebook Sementara Waktu!

Sepertimana yang telah saya postkan sebelum ini, bermula esok, mari kita pakat-pakat tak "log in" Facebook masing-masing sebagai tanda boikot penghinaan terhadap Nabi SAW, yang dilancarkan pada esok hari di dalam sebuah Facebook. Hampeh punya Yahudi.

Terbaca satu artikel tentang boikot ini hasil tulisan tangan seorang Badan Pengurus PMRAM, Syeikh Mujahid (nama hampir sama) di dalam blog beliau (link).

Assalamualaikum dan perhatian kepada umat Islam di seluruh dunia.

Besok adalah hari yang sangat mencabar bagi umat Islam di seluruh dunia. . Karena besok di INTERNET non muslim akan mengatur acara yang mengerikan, Hari Melukis Karikatur MUHAMMAD (S. A. W).

Jadi, sebagai seorang Muslim yang beriman kita harus memboikot dan menentang habis-habisan acara ini. !

Jadi malam ini pada jam 12:00 tengah malam, hanya log off dari semua halaman sosial seperti: Orkut, Facebook, Twitter, Hi5, Youtube dan banyak lagi.

Dengan melakukan hal ini, orang-orang ini akan menghadapi kehilangan berat financal Insya Allah.

Di sinilah waktunya untuk menunjukkan kita LOVE dan RESPECT untuk Nabi junjungan besar kita Nabi MUHAMMAD S.A.W

Semoga Allah S.W.T akan sentiasa menyelamatkan Nabi Kita yang tercinta, serta sentiasa mengolongkan diri kita semua di dalam golongan yang sentiasa cintakan Rasul-Nya. Semoga Allah S.W.T juga akan memberi petunjuk kepada golongan yang sesat ini.

Satu persoalan yang suka untuk saya timbulkan di sini. Selama ini di Malaysia sendiri sudah berlaku beberapa kali penghinaan terhadap Allah, al Quran dan Nabi Muhammad SAW sendiri.

Antara penghinaan yang paling biasa ialah pertikaian tentang Hukum Hudud, yang masih lagi berkembang biak di dalam pemikiran-pemikiran seperti Feminisme, Sekularisme, Liberalism dan sebagainya.

Pemikiran-pemikiran ini tumbuh bagai cendawan di dalam otak-otak manusia di Malaysia. Antara "akidah sesat" yang diajar oleh pemikiran-pemikiran ini ialah "mempertikaikan Allah, al Quran dan Nabi Muhammad SAW".

Di Malaysia juga sedang pening dengan isu APCO yang berkait dengan Yahudi yang sedang kita boikot. Kita doakan agar kebenaran itu tertegak, dan kesesatan itu tertolak.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Monday 17 May 2010

Rahsia Dahi


Rahsia tetap rahsia??eh...tidak semestinya ,tidak semua rahsia tetap akan menjadi rahsia selamanya....korang nak kenal lebih rapat dengan si dia yang menjadi pujaan hati korang selama ini?Tenung, kaji & amati si dia betoi betoi kerana kita akan bongkar rahsia dia menerusi dahi!!!



DAHI LEBAR

Ciri2 : saiz dahi XL, lapang lagi luas mata memandang .
Faktor2 Best : Tidak suka 'port' tentang hal peribadi orang lain,berjimat cermat.
Faktor2 kureng : Sering disalah anggap sombong kerana berat mulut untuk memulakan bicara.

DAHI DENGAN JUNTAIAN ANAK RAMBUT

Ciri2 : rambut terjuntai seolah menetupi dahi
Faktor2 Best : pemurah dari segi tenaga , wang ringgit @ apa saja.
Faktor2 kureng : Mudah cair dengan pujuk rayu, sering diambil kesempatan.

DAHI BENTUK HATI

Ciri2 : Bentuk seakan huruf 'M'
Faktor2 Best : murah rezeki, kreatif kerana suka berfikir dan berimaginasi.
Faktor2 Kureng : Tidak suka pegang tanggungjawab, tidak pandai simpan rahsia

DAHI JENDOL

Ciri2 : dahi menonjol. permukaan luas
Faktor2 Best : BNertanggungjawab, rajin, aktif, cerdas lagi bijaksana
Faktor2 Kureng : kurang keyakinan pada diri sendiri .lagi satu kalau
bercinta,tak ingat dunia.jiwang karat!

DAHI BERSEGI

Ciri2 : Berbentuk seakan petak
Faktor2 Best : Tekun, rajin, mudah beri tumpuan terhadap sesuatu.
faktor2 kureng : dah lah tak pandai bersosial, pilih bulu lak tu

DAHI SEMPIT

Ciri2 : Bersaiz S, penuh dengan anak rambut.
Faktor 2 Best : Sangat berdikari, tidak mudah putus asa ,cerdik.
Faktor2 kureng : yang nie tak banyak kelemahan....sukar mencari pasangan
idup.

Terbongkarlah satu rahsia disebalik dahi, nampak gayonya, lepasnie kenalah cover sikit kalau nak keluar, nanti orang tahu lak rahsia kita! apapun ini hanyalah hiburan semata mata yang disampaikan dari mulut ke mulut sejak berdekad lalu...

Sunday 2 May 2010

Mengunjungi Kilang Percetakkan Kitab Suci Al-Quran

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog BINNADWAH!!

Semua orang Islam kenal apa itu Al-Quran. Tetapi sayang bukan semua menggunakannya sebaiknya malah ada yang lebih sedih mereka yang langsung tidak pernah sentuh dari sejak lahir sehinggalan beranak-pinak. Lalu turunlah kebodohan dan kesombongan mereka kepada keturunan-keturunan yang seterusnya. Betapa ruginya mereka.

Menyebut mengenai Al-Quran berikut adalah yang selalu kita lihat.





Tetapi pernahkah anda lihat bagaimana proses pencetakkannya?


Sila klik untuk paparan saiz besar.

Tujuan admin berkongsi gambar ini bukanlah apa-apa. Bukanlah menunjukkan kilang pencetakkan Al-Quran yang bersih dan suci tetapi untuk mengingatkan kita semua bila kali terakhir kita memegang kitab suci ini. adminjuga mengingatkan juga pada diri admin. Amin!!!

+ Terima Kasih saudara Rifaie