Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20
tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw,
maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah
yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas.
Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah
swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang
diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid,
sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang
untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah.
Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia
hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun
mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter
atau lebih air liur basi.
Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur:~
1.
Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan
doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan
adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3.
Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam
itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4.
Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak
tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat
jahat manusia. Kemudian baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca bismillahirrahmanirrahim sebanyak
21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan
gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan
kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
5. Niat untuk
bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira
seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7.
Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang
piutang sebelum tidur. Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
No comments:
Post a Comment