Berkata Ali r.a.: "Saya dan Fatimah
telah pergi ke rumah Rasulullah a.a.w, Apabila kami masuk ke rumah baginda maka
kami melihat Rasulullah s.a.w Sedang menangis, maka saya bertanya kepada
Rasulullah: 'Ya Rasulullah Mengapa Rasulullah menanggis?"
Rasulullah bersabda: "Aku melihat 10
jenis seksaan bagi wanita antaranya:
1. Orang perempuan yang digantung dengan
rambutnya dan otak di kepalanya mendidih.
2. Orang perempuan yang digantung dengan
lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak dituangkan ke
dalam kerongkongnya.
3. Orang perempuan yang digantung dengan
buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum dituangkan ke dalam
kerongkongnya.
4. Orang perempuan yang digantung dan
diikat dua kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan di belit
dengan beberapa ular dan kala jengking.
5. Orang perempuan yang makan badannya
sendiri dan di bawahnya terdapat api yang menyala-nyala.
6. Orang perempuan yang memotong badannya
sendiri dengan gunting daripada neraka.
7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan
dia makan usus-ususnya sendiri.
8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan
bisu di dalam peti daripada neraka sedang darahnya mengalir dari lubang
bahagian badannya sepertti hidungnya, telinga, dan mulut. Badannya pula berbau
busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra.
9. Orang perempuan yang kepalanya seperti
kepala babi dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapat seksaan sejuta
macam seksaan
10. Orang perempuan yang berbentuk anjing
danbeberapa ekor ular dan kala jenking masuk ke dalam mulutnya dan keluar
melalui diburnya dan para malaikat memukuli kepalanya dengan palu mereka dari
neraka.
Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata
ayahnya itu maka Fatimah pun berkata "wahai ayahku, ceritakanlah padaku
apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh wanita-wanita tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda
"wahai anakku Fatimah, adapun :
· Orang perempuan yang digantung dengan
rambutnya, kerana dia tidak mahu Menutupi (melindungi) rambutnya daripada
dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahu menutup auratnya.
· Orang perempuan yang digantung dengan
lidahnya adalah keranadia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda "sesaorang wanita yang menyakiti suaminya
dangan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat
nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya. Sesaorang
perempuan yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT
melaknatinya mmaka para malaikat juga melaknatinya."
Dari Utsman r.a. berkata "sesaorang
perempuan yang mengatakan kepada suamminya dengan berkata "Aku belum
pernah melihat kebaikanmu" maka Allah SWT akan menghapuskan amal
kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan
mengerjakan solat pada malam hari.
· Orang perempuan yang digantung dengan
buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin
suaminya.
· Orang perempuan yang diikat dengan
kakinya adalah kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan
tidak mandi hadas besar. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri
setelah kedatangan haid dan nifas.
· Orang perempuan makan badannya sendiri
adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka
membicarakan aib orang lain.
· Orang perempuan yang memotong-motong
badannya sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana dia memsyhurkan
dirinya dikalangan orang ramai, dengan bermaksuk supaya orang melihat akan
perhiasannya. Dan setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya sebab
perhiasan yang dia pakai.
· Orang perempuan yang diikat kedua-dua
kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan dibelit dengan
beberapa ular dan kala jenking adalah kerana dia itu bolih bersolat, puasa
tetapi tidak mahu mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak
mahu juga mandi junub.
· Orang perempuan kepalanya seperti kepala
babi, dan badannya seperti kaldai, adalah kerana dia suka mengadu domba dan
sangat suka sangat berdusta.
· Orang perempuan yang berbentuk seperti
anjng adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya
Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah
s.a.w. telah bersabda bahawa: "Kalaulah semua yang ada di bumi ini berupa
emas dan perak, kemudian dibawa olih seorang perempuan ke rumah suaminya, maka
satu hari dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua harta yang ada
di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun' .Maka
sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu
banyak".
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah
s.a.w. telah bersabda: "Seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya
tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk olih segala yang disinari
matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya"
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah
s.a.w. telah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu keluar dari
rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-wangian yang harum dan
si suami pula membenarkannya, makasesungguhnya Allah SWT akan membangunkan
kepadanya setiap langkah isterinya itu satu rumah dalam neraka"
Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia
mendengar Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu sentiasa
bermasam muka terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati maka
sesungguhnya Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi bolih tertawa dihadapan
suaminya atau pun menggembirakan suaminya itu".
Wallahualam.....
Harap dapat di panjangkan kepada rakan anda yang se ugama, semoga mendapat rahmat darinya
Harap dapat di panjangkan kepada rakan anda yang se ugama, semoga mendapat rahmat darinya
.........................................................................
7 April 2002
No comments:
Post a Comment