Monday 8 August 2011

ADAKAH ANDA TERGOLONG DALAM 28.7% REMAJA ISLAM YANG SOLAT 5 WAKTU PENUH

Post image for Adakah Anda Tergolong Dalam 28.7% Remaja Islam Yang Solat 5 Waktu Penuh
bangun pagi terlihat entry baru dari denaihati melalu RSS yg aku pasang kat sidebar tuh yang menulis tentang peratus remaja yang menunaikan solat 5 waktu, yang mengejutkan hanya 28.7% je remaja islam yang solat 5 waktu penuh, mana selebihnya?
menurut bro denaihati.com keputusan tersebut merupakan salah satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia dikalangan remaja Islam Malaysia. Penyelidikan ini diketuai oleh Prof. Datuk Shamsul Amri Baharuddin antara Professor, UKM yang sangat terkenal di Malaysia.
menurut kajian tersebut, ada banyak soalan yang ditanya kepada remaja islam di malaysia, namun yang dikongsikan oleh bro denaihati.com hanyalah soalan dibawah ini
  • Menunaikan solat 5 waktu penuh sehari semalam – 28.7%
  • Puasa penuh bulan Ramadhan – 64.2%
  • Wajib menutup kepala untuk wanita – 69.3%
persoalannya disini adakah anda semua yang bergelar remaja tergolong di kalangan 28.7% yang menunaikan solat 5 waktu penuh atau anda merupakan golongan yang selebihnya itu?
tepuk dada tanya selera yang tahu hanyalah kita dan DIA sahaja….

No comments:

Post a Comment