Tuesday 5 June 2012

Isra’ Mikraj – peristiwa penuh pengajaran…


Isra’ Mikraj – peristiwa penuh pengajaran…

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, sedar tak sedar kita telah meniti ke penghujung bulan Rejab salah satu daripada empat bulan haram, yang sedikit sebanyak terdapat fadhilat yang dijanjikan Allah jika kita melakukan ibadah2 sunat didalamnya. Apa itu bulan haram??
Dalam Al-Quran, firman Allah melalui surah At-Taubah ayat :36, ada menjelaskan mengenai wujudnya 4 bulan haram tersebut iaitu bulan Rejab, Zulkaidah, Zulhijjah dan bulan Muharram dimana terdapat banyak fadhilat yang terkandung dalam bulan2 itu. (Rujukan Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatwa IslamOnline – kesahihan fadilat Rejab.)
Kembali pada mauduk yang asal. Saban tahun, isu yang sama dibincangkan mengenai kebaikan bulan Rejab. Sedikit sebanyak mengenai sirahnya, fadhilatnya, tidak kurang juga, peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab tersebut. Tetapi, bagaimana kita menghadam setiap bait-bait ilmu dan intipati dari perbincangan yang dijalankan? Bagaimana pula amalan2 sunat yang telah kita lakukan selama kita menghabiskan masa seharian kita dalam bulan Rejab ini dalam pada keinginan kita menggarab segala fadhilat2nya? Fikir-fikirkanlah…
Untuk menjawab persoalan-persoalan yang diketengahkan oleh penulis tadi, menjadi tanggungjawab kita, menilai diri kita semula, sejauh mana pemahaman kita, pengamatan kita dan keihklasan kita dalam kita mengisi sebahagian ibadah kita dalam bulan tersebut. Harapan kita besar, moga-moga, amalan-amalan sunat yang kita telah praktikkan, tidak hanya tinggal pada perbuatan, tetapi semoga Allah memandangnya dengan keberkatan.insyaAllah..
Kedatangan 27 Rejab, bersempena ulangtahun kita memperingati peristiwa Isra’ Mikraj yang berlaku, telah mengajak diri penulis untuk berkongsi sedikit sebanyak mengenai kronologi peristiwa tersebut. Jika direnungkan kembali, peristiwa yang berlaku setahun sebelum hijrah itu, banyak meninggalkan pengajaran dan peringatan yang amat bernilai pada diri kita sebagai umat akhir zaman dengan kata lain ianya sebagai salah satu tarbiyah dan panduan dalam menghadapi mehnah dan ranjau kehidupan ini.
Mungkin kebanyakan pembaca telah mengetahui kronologi peristiwa israk dan mikraj yang ingin penulis kongsikan. Tetapi, itu tidak penting, harapan penulis agarpengulangan artikel yang dibaca dapat dihadam dengan lebih sempurna. Dan bagi yang mungkin buat pertama kali membacanya, semoga intipatinya dijadikan iktibar dan pengajaran dalam membentuk peribadi muslim yang lebih mantap. Wallahualam.. (coretan : umar mujahid)

No comments:

Post a Comment