Monday 15 July 2013

Elak 5 Identiti Negatif

|| Takut kritikan ||
Kebiasaannya perasaan takut ini timbul dan tergambar daripada perasaan atau imaginasi. Manusia dan imaginasi susah untuk dipisahkan. Namun perasaan takut ini datang apabila kita berimaginasi mengenal perkara-perkara buruk yang orang lain akan lakukan atau katakan tentang diri kita. sikap prasangka buruk terhadap orang lain itu sangat berbahaya kepada diri kita.

Jadi, kita seharusnya jangan berasa malu, segan dan takut untuk bertindak. Yakin dengan diri. Kehidupan ialah medan ujian. Kita akan menjadi lebih baik dengan menghadapi lebih banyak cabaran.


|| Malu tidak bertempat ||
Perasaan malu timbul disebabkan kurang mempercayai diri sendiri. Mungkin ia wujud disebabkan cara seseorang itu dibesarkan dan pergaulannya dengan orang sekeliling. Kadang kala ibu bapa dan rakan-rakan terlalu kerap mengkritik dan merendah-rendahkan kekurangan kita. Sikap sebegini sebenarnya menanamkan benih-benih mal tidak bertempat dalam diri.

Hidup ini satu pilihan. Pilihan yang terbaik apabila kita tahu siapa kita, ke mana arah tujuan kita dan apa pegangan kita. Jika kita kenal diri, maka kita akan tahu apa yang kita akan lakukan.





|| Keras hati ||
Sekiranya kita rajin bermuhasabah, kita akan dapati banyak kelemahan yang wujud dalam diri. Antara kelemahan yang ingin disentuh ialah keras hati. Apabila dinasihati mereka tidak mahu mendengar. Mereka bertindak tanpa mengambil kira pendapat orang lain. Walaupun tindakan itu salah dan kata orang lain itu betul, meraka tetap mempertahankannya. Sebab apa? Sebab ego yang membuatkan mereka keras hati.

Maka, terimalah nasihat dan teguran. Orang yang bijak akan belajar daripada pengalamannya dan kesilapan orang lain. Tujuannya apa? Tujuannya agar tidak membuang masa untuk melakukan kesalahan yang sama. Jika kita ingin dihormati, kita mestilah belajar untuk menghormati.




|| Malas ||
Ini sikap kritikal. Malas bagaikan kanser yang cepat merebak dan merosakkan sistem badan yang lain. Untuk menghapuskannya hanya melalui kimoterapi ataupun pembedahan. Begitu juga malas, ia boleh melumpuhkan segala potensi diri dan kebijaksanaan jika kita tidak membuangnya.




|| Takut gagal ||
Siapa yang ingin gagal? Mereka itulah orang yang mahukan kejayaan tetapi berasa takut untuk membawa kejayaan itu dalam menghadapi kehidupan seterusnya. Begini maksudnya, setelah lulus dengan cemerlang di sekolah ataupun universiti, maka kita mestilah meneruskan kecemerlangan dalam kerjaya. Jika kita takut membawa kejayaan itu dengan tidak berani mencuba dan menghadapi risiko, sebenarnya kita takut kepada kejayaan dan berkeinginan untuk gagal.

Tiada apa-apa yang boleh menghalang seseorang yang mempunyai keinginan untuk berjaya. Setiap rintangan itu umpama selangkah kita mencapai kejayaan.

No comments:

Post a Comment